Dalam kejadian kira-kira pukul 2.56 pagi tadi, bas ekspres dua tingkat itu dalam perjalanan ke Sungai Petani, Kedah dari Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, berdasarkan siasatan awal, kebakaran dipercayai berlaku selepas tayar kiri bas berkenaan meletup ketika tiba di KM 150.2 .

“Pemandu bas berusia 56 tahun itu memberitahu, letupan berkenaan telah menghasilkan percikan api seterusnya menyebabkan bahagian enjin terbakar,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua penumpang dan pemandu tidak mengalami kecederaan dan dipindahkan ke bas lain.

“Pasukan Bomba berjaya mengawal kebakaran bas pada pukul 3.30 pagi dengan anggaran kemusnahan melibatkan 40 peratus bahagian bas,” katanya. - UTUSAN ONLINE