Keadaan itu menyebabkan 13 kawasan di Penampang iaitu Country Shangrila, Penampang Proper, Kampung Kibabaig, Nambazan, Pinapah Kondis, Sugud, Maag, Inobong, Kolopis, Tuavon, Kambau, Dungkahang dan Kituau dinaiki air.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, empat jalan raya tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Laluan utama iaitu Jalan Panglima Banting, Kampung Pinapah Kondis, Sugud dan Penampang Proper tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Sehubungan itu, penduduk di sekitar kawasan yang terjejas akibat banjir diminta sentiasa berhati-hati dan bersedia untuk sebarang kemungkinan serta mengikut arahan pihak berkuasa,” kata kenyataan itu.

JBPM menambah, orang awam boleh menghubungi bilik gerakan banjir daerah Penampang di talian 088 726 054. - UTUSAN ONLINE