Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Banjir Sarawak memberitahu, jumlah mangsa tertinggi dipindahkan adalah penduduk di Limbang iaitu 93 orang, diikuti Lawas (73 orang) dan Tatau di Bintulu (10 orang).


Katanya, di Kampung Lubok Abai , Lawas lima sekeluarga dipindahkan ke rumah saudara.


“Sebuah pusat pemindahan banjir turut dibuka di Dewan Masyarakat Trusan, Lawas untuk menempatkan 68 mangsa banjir dari Kampung Gelapas, Kampung Seberang Kedai dan Kampung Tengah.


“Di Limbang, pusat pemindahan Dewan Masyarakat Mendamit dibuka untuk menempatkan 93 mangsa daripada 34 keluarga yang terjejas akibat bencana itu,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.


Kata jurucakap itu, seramai 10 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Dagang di Tatau pula di pusat pemindahan Dewan Sukan Tatau.


Katanya, penduduk di lain-lain kawasan di negeri ini diingatkan agar terus berjaga-jaga ekoran keadaan cuaca masih tidak menentu ketika ini.-UTUSAN ONLINE