Kemalangan itu yang berlaku pada pukul 2.58 pagi hari ini menyebabkan 12 gerabak kereta api tersebut terbalik namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad berkata, buat sementara waktu tiada kereta api dapat melalui stesen Kuala Lumpur, Bank Negara, Putra dan Segambut sehingga kerja-kerja baik pulih selesai.

“Kami memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan kesulitan yang timbul. Untuk makluman orang ramai kerja baik pulih sedang giat dilakukan.

“Kerja-kerja baik pulih itu di jangka berlangsung selama tiga hari sebelum perkhidmatan kereta api kembali beroperasi seperti biasa dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE