Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, sehingga pukul 9.30 malam tadi, 101 orang daripada 27 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan manakala 16 mangsa daripada enam keluarga di pusat pemindahan Bangunan Rukun Tetangga Salimandut.

Kata jurucakap itu, dua perkampungan yang terjejas di daerah tersebut Marudu akibat hujan berterusan sejak pukul 5 petang itu ialah Kampung Baliajung dan Kampung Salimandut. - BERNAMA