43 lagi warga Malaysia dengan 26 daripada mereka adalah pelajar yang masih berada di sana, berada dalam keadaaan selamat.

Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Chitra Devi Ramiah sedang bekerja sama dengan pihak berkuasa di India untuk membawa mereka keluar dengan selamat.

Banjir yang melanda wilayah Himalaya itu setakat ini meragut 200 nyawa dan memusnahkan jambatan, prasana telekomunikasi dan menyebabkan bekalan elektrik dan air terputus.

Majoriti rakyat Malaysia terperangkap di Srinagar, ibu negeri Jammu dan Kashmir yang merupakan antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir.

Media India melaporkan kira-kira 23,000 orang telah diselamatkan setakat ini, sementara 700,000 orang masih terperangkap di bandar itu yang kebanyakan kawasan masih ditenggelami air. - BERNAMA