Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, sebanyak 22 gerai terjejas apabila khemah diterbangkan angin sehingga mengakibatkan banyak barang jualan bertaburan dan rosak.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kejadian itu.

Seorang peniaga, Yusli Idris, 49, berkata, sebelum kejadian tersebut, tanda-tanda awal angin kencang telah kelihatan.

Katanya, dalam tempoh setengah jam kemudian, khemah-khemah yang terlibat mulai terangkat sebelum terhumban ke tiang elektrik berhampiran ditiup angin.

"Hujan renyai dan angin kencang yang datang secara tiba-tiba menyebabkan semua peniaga dan pembeli berlari keluar dari kawasan khemah untuk menyelamatkan diri.

"Situasi cemas tersebut berlaku kira-kira 45 minit dan ketika itu semua peniaga sedang rancak meniaga dan makanan juga masih banyak yang belum terjual," katanya ketika ditemui di bazar tersebut, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE