Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, kebakaran tersebut telah memusnahkan 100 peratus rumah panjang yang mempunyai 28 pintu itu.

Katanya, pihak bomba bagaimanapun hanya menerima maklumat tentang kebakaran tersebut pada pukul 11.50 malam kerans penempatan tersebut terletak jauh di pedalaman.

“Pihak bomba menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian memandangkan kawasan tersebut hanya boleh dilalui menggunakan feri dan jalan balak.

“Jarak perjalanan mengambil masa enam jam untuk sampai ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini. - UTUSAN ONLINE