Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, dua kampung terbabit adalah Kampung Air Hujung dan Kampung Air Tengah di daerah ini, didirikan dalam keluasan lebih 0.405 hektar.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.58 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama 48 orang pegawai dan anggota serta sembilan buah jentera termasuk jentera pemadam api.

“Operasi kali ini melibatkan pasukan bomba dari tiga balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Kunak, Semporna dan Tawau selain agensi penguat kuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Air dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain pada pukul 9.14 malam tadi,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, operasi pemadaman dan proses mengesan lokasi berbahaya masih dijalankan dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. - UTUSAN ONLINE