Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata, selain banjir, kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang turut berlaku akibat bencana alam tersebut.

“Antara kawasan yang terjejas termasuk Kampung Cenderakasih, Jalan Dambai dan Jalan UUC2 di Manggatal, Jalan Kolombong dan Kampung Inanam Laut.

“Bagaimanapun setakat ini tiada lagi Pusat Pemindahan Mangsa Bencana dibuka kerana keadaan masih lagi terkawal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE