Walau bagaimanapun, tertuduh, Zurina Ahmad Jundin, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias.

Mengikut kertas pertuduhan, Zurina didakwa memperdaya Nor Ika Nadzirah Sirajudin dalam penawaran pakej perkahwinan supaya menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM8,500.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di premis miliknya, Zurin Jundi Wedding Planner, Bandar Baru Uda, di sini antara 22 Mac hingga 13 Mei 2017.

Mohd. Azlan Shah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Disember untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Sebelum ini, Zurina dituduh atas tuduhan memperdaya seorang ibu bakal pengantin sehingga membayar wang pendahuluan pakej perkahwinan berjumlah RM7,000 pada Mac dan Jun lalu di Mahkamah Majistret Klang, Selangor pada 19 Oktober lalu. - UTUSAN ONLINE