Tan Sri Zaharah Ibrahim
Tan Sri Zaharah Ibrahim

Upacara mengangkat sumpah jawatan dan taat setia itu dijalankan di hadapan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Su Geok Yiam di Istana Kehakiman di sini.

Zaharah, 65, merupakan hakim wanita kedua dilantik mengisi salah satu daripada empat jawatan tertinggi itu selepas Tan Sri Siti Norma Yaakob.

Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 16 Februari 2015.

Dengan pelantikan itu, kesemua empat jawatan hakim tertinggi negara telah diisi sepenuhnya diketuai oleh Tan Sri Richard Malanjum selaku Ketua Hakim Negara.

Pada 12 Julai lalu, Ahmad mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala Datuk David Wong Dak Wah mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang baharu. - UTUSAN ONLINE