Yusoff yang hadir sendiri bersama peguamnya, Datuk Baljit Singh Sidhu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan kesalahan itu ketika memandu kenderaan bernombor pendaftaran BLY 68 di Lingkaran Putrajaya pada pukul 6.27 petang, 7 Oktober tahun lalu.

Majistret Syahrul Jazly Md. Sain menetapkan kes itu disebut pada 21 Ogos ini untuk mengetahui keputusan representasi yang akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC).

Yusoff kini ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bermula Jumaat lalu. - UTUSAN ONLINE