Wasli, 70, didakwa pada tahun 2006 melakukan kedua-dua perbuatan itu  hampir 22 tahun lalu di Hotel Fairlane, Jalan Walter Grenier di ibu negara, antara pukul 10.20 pagi dan 10.30 pagi pada 22 Oktober 1996.


Pembebasan Wasli  itu adalah berikutan keputusan Mahkamah Rayuan sebentar tadi yang menolak rayuan pendakwa raya untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskannya daripada kedua-dua tuduhan tersebut.


Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohtarudin Baki yang bersidang bersama Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Yaacob Md. Sam.


Pendakwa raya merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Jun 2016 yang melepas dan membebaskan Wasli daripada dua tuduhan menawarkan rasuah berjumlah RM1 juta kepada dua bekas pengarah LKTNS. - UTUSAN ONLINE