Beng Siang yang merupakan wartawan kanan Guang Ming Daily mendakwa status Facebook Guan Eng telah menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai seorang wartawan.

Menerusi status laman Facebooknya pada Januari lalu, Guan Eng mendakwa mengetahui ada wartawan yang memburukkan kerajaan negeri dan perkara itu sepatutnya dilakukan dengan berfakta, bukannya dengan menyiarkan artikel tidak tepat.

Status Facebook beliau itu turut disertakan dengan artikel yang ditulis oleh Beng Siang.

Ketika ditemui pemberita, Beng Siang berkata, beliau bertindak memfailkan saman fitnah itu kerana mahu membersihkan namanya dan mempertahankan reputasinya sebagai pemberita serta rakan-rakan wartawan lain. - UTUSAN ONLINE