Tertuduh, Mohammed Shawqi Ahmed Zawqari, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas tuduhan tersebut yang dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Nor Hafidzuddin Yusoff sebentar tadi.

Mengikut pertuduhan, Mohammed Shawqi didapati memandu secara merbahaya hingga menyebabkan kematian Mohamad Azizi Abdul Azis, yang ketika kejadian berusia 25 tahun di hadapan Bangunan One South, Seri Kembangan, Serdang pada 30 Julai 2017 pukul 2.51 pagi.

PEREKRUT pelajar warga Yemen, Mohammed Shawqi Ahmed Zawqari yang dituduh memandu secara merbahaya se

PEREKRUT pelajar warga Yemen, Mohammed Shawqi Ahmed Zawqari yang dituduh memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang peragut dua tahun lalu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor hari ini. – UTUSAN ONLINE/ ABDUL RAZAK LATIF

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara dua tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan lebih RM20,000.

Kejadian itu berlaku ketika tertuduh sedang minum di sebuah restoran sebelum begnya diragut mangsa yang kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal Yamaha Y15Z.

Dia kemudiannya bertindak mengejar mangsa menggunakan kereta jenis Proton Preve sebelum melanggar suspek di tempat kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas dikejar kira-kira tiga kilometer dari tempat dia meragut. - UTUSAN ONLINE