Hakim Zanol Rashid Hussain turut menetapkan supaya tertuduh, Noor Salam Ibrahim, 41, dipenjara selama 100 hari sekiranya gagal membayar denda tersebut. 


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang merupakan bapa kepada tujuh anak didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 3.10 petang di tepi jalan berdepan Balai Polis Mahang di Kulim, 31 Mac lalu. 


Kesalahan itu didakwa dilakukan sebagai dorongan kepada anggota dari Balai Polis Mahang, Koperal Alias Othman untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya setelah didapati memandu van tanpa lesen.- UTUSAN ONLINE