Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Warga Iran dihantar ke Thailand

Warga Iran dihantar ke Thailand

PUTRAJAYA 14 April - Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan seorang warga Iran, Sedaghatzadeh Masoud dihantar balik ke Thailand bagi menghadapi tuduhan berhubung kejadian letupan bom di Bangkok pada 14 Februari 2012.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan warga asing itu selepas berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpusnya.

Sedaghatzadeh, 37, ditahan mengikut Akta Imigresen pada pukul 3.30 petang,15 Februari 2012 di Terminal Penerbangan Tambah Murah (LCCT) di Sepang dekat sini ketika hendak berlepas ke Iran, selepas tiba dengan penerbangan dari Bangkok pada malam sebelumnya.

Dia kemudian ditahan atas permintaan kerajaan Thailand selepas disyaki mempunyai hubungan dengan dua suspek warga Iran yang ditahan berikutan kejadian letupan bom di sebuah rumah di Bangkok. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain