Hakim Dr. Gan Chee Keong menjatuhkan hukuman tersebut terhadap ke atas Muhammad Saiful Muhammud Zahri, 20, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes hari ini.


Mengikut pertuduhan, penganggur itu didakwa merompak beg tangan berwarna hitam milik Amirah Khalid, 25, tanpa menggunakan senjata di sebuah restoran makanan Arab di Sri Petaling di sini pada pukul 2.30 pagi, 14 November tahun lalu. 


Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat.


Terdahulu, Muhammad Saiful yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia ingin menjaga keluarganya, bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norakmal Farhan Aziz memohon hukuman setimpal dengan alasan kesalahan jenayah ini kerap berlaku dan mangsa dalam kes ini adalah seorang wanita.


Mahkamah kemudian memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada hari kejadian. - UTUSAN ONLINE.