Tertuduh yang berusia 61 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 45 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatan di sebuah rumah di daerah Marang pada pukul 12 tengah hari.

Terdahulu, tertuduh yang dipercayai sudah bercerai hampir tiga tahun dengan mangsa datang ke rumah bekas isterinya itu atas alasan untuk membaiki rumah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April depan untuk sebutan semula.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua jika disabitkan kesalahan. - UTUSAN ONLINE