Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Warga emas didakwa tipu wang pelabur dana emas raja-raja Melayu

Warga emas didakwa tipu wang pelabur dana emas raja-raja Melayu
Jemain (tengah) yang menghadapi pertuduhan berkenaan dana emas Raja- Raja dengan menipu meminta wang dari pelabur di bawa Mahkamah Majistret Alor Setar di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ISMAIL KAMADIN

ALOR SETAR 19 April - Seorang warga emas berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini kerana menipu seorang lelaki berkaitan dana emas raja-raja Melayu berjumlah RM76,200 antara November hingga Februari lalu.

Tertuduh, Jemain Yatim, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mendorong Abd. Halim Mohd. Noor, 62, memasukkan wang kutipan dari pelabur berjumlah RM13,050 ke dalam akaun CIMB Berhad kira-kira antara pukul 8.28 malam, 30 November 2016 hingga 11.38 pagi, 29 Disember 2016.

Untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi menipu individu tersebut untuk memasukkan wang pelabur berjumlah RM63,150 ke dalam akaun sama antara pukul 12.03 tengah hari, 2 Januari 2017 hingga 3.57 petang, 11 Februari 2017.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 untuk kedua-dua kes itu sementara menanti sebutan semula kes pada 16 Mei depan bagi serahan dokumen selain memberi peluang tertuduh melantik peguam. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain