Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu selepas Md. Sakib, 21, mengaku bersalah melakukan pemerasan terhadap Waqar Hameed, 28, hingga menyebabkan lelaki itu ketakutan dengan mengancam untuk membawa gengster dan mengganggu keluarga mangsa.


Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di kedai Fuel Hut Enterprise, Menara Kuala Lumpur, Jalan P. Ramlee, Dang Wangi, di sini kira-kira pukul 5 petang, 2 September lalu.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran namun peguam, P. Muniswer yang mewakili Md. Sakib memohon hukuman yang rendah kerana anak guamnya menyesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama serta tiada rekod kesalahan lampau. - UTUSAN ONLINE