Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wanita kerdil menyamar anak Sultan Pahang dijel tipu pakar bedah kosmetik

KUALA LUMPUR 14 Mac - Seorang wanita kerdil yang mendakwa dirinya anak perempuan Sultan Pahang dihukum penjara tiga tahun dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini setelah mengaku bersalah atas 53 pertuduhan menipu seorang pakar bedah kosmetik membabitkan kerugian RM1.2 juta, tiga tahun lalu.

Rohaida Yahil didakwa atas 61 pertuduhan menipu dan melibatkan aktiviti pengubahan wang haram di Mahkamah Ampang semalam. UTUSAN/ZAINI HUSIN

Rohaida Yahlil, 41, yang merupakan bekas eksekutif pentadbiran di sebuah syarikat insurans menghadapi 34 pertuduhan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali manakala baki 19 pertuduhan serupa dikemukakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mohamad Firdaus memerintahkan wanita itu dihukum penjara 38 bulan manakala Mohamad Izwan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, kesemuanya berkuat kuasa mulai tarikh tangkap pada 13 Mac lalu.

Rohaida didakwa atas 53 pertuduhan menipu Datuk Dr. Abdul Jalil Jidon, 60, dengan memperdaya mangsa untuk mempercayai bahawa tertuduh adalah Yang Amat Mulia Tengku Aishah Sultan Ahmad Shah dan kesemua pertuduhan dilakukan di Maybank Taman Melawati di sini antara Jun 2013 dan April 2016.

Anak bongsu daripada lapan beradik itu didakwa meminta wang tersebut untuk membayar cukai kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membolehkan kemasukan wang dari luar negara serta untuk kegunaan peribadi Sultan Pahang.

Perbuatan itu didakwa telah mendorong mangsa menyerahkan cek untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank atas nama rakan tertuduh, Khuzairiah Abdul Latiff walhal mangsa tidak akan menyerahkan wang itu jika tidak diperdaya sedemikian.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin dan Raihanah Abd. Razak mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Rohaida yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia mempunyai masalah kesihatan iaitu lelah dan baru menjalani pembedahan tulang belakang.

“Wang yang saya dapat ini saya guna untuk belanja kawan-kawan agar mereka sentiasa berada di sisi saya,” katanya dengan nada sayu.

Mengikut fakta kes, pada Jun 2013, mangsa telah menerima satu panggilan telefon daripada tertuduh yang memperkenalkan diri sebagai Tengku Aishah anak perempuan kepada Sultan Pahang dan meminta mangsa memasukkan wang RM25,000 bagi kegunaan Sultan Pahang.

Dalam panggilan itu, tertuduh berjanji bahawa Sultan Pahang akan membayar semula wang itu dalam tempoh terdekat menyebabkan mangsa memasukkan wang tersebut ke dalam akaun Maybank dan perkara itu berlarutan sehingga April 2016 namun akhirnya, mangsa mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena sebelum meminta wangnya dikembalikan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di sini, tertuduh yang bertongkat dan memakai baju serta seluar serba hitam turut mengaku bersalah atas lapan pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM2,841,690.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sementara menunggu hukuman dijatuhkan pada 3 April ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain