Au Jia Cheng, 25, didakwa membiarkan anak saudaranya itu tinggal tanpa pengawasan berpatutan secara berseorangan dengan mengunci pintu dari luar di sebuah rumah di Jalan SS22/27, Damansara Jaya dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang, 7 Oktober lalu.

Jia Cheng yang baru selesai menamatkan pengajian dalam jurusan fisioterapi didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Difahamkan, pada awalnya jiran tertuduh mendengar suara kanak-kanak tersebut menangis sebelum membuat laporan polis. Tertuduh didakwa meninggalkan anak saudaranya itu bersendirian di rumah hampir dua jam.

Mahkamah membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 18 Disember ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Asyh’ari Kamaruzaman sementara tertuduh diwakili peguam, Mohd. Syazwan Hassan. - UTUSAN ONLINE