Peguam Latheefa Koya yang mewakili bekas Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita, perkara tersebut dimaklumkan hari ini oleh Wan Muhammad Azri melalui peguam Irna Shahana Samsudin yang mewakilinya.

Timbalan Pendaftar, Husna Dzulkifli sehubungan itu menetapkan 4 Disember ini, tarikh akhir untuk mendengar prosiding petisyen kebankrapan terhadap Wan Muhammad Azri ekoran kegagalan beliau membayar jumlah tersebut kepada bekas Ketua Pembangkang itu.

Anwar memfailkan saman itu pada 21 Mac 2013 kerana mendakwa Wan Muhammad Azri, 35, adalah pemilik blog, www.papagomo.com yang menyiarkan artikel dan paparan video seks sejenis secara berturut-turut dari 16 Mac hingga 20 Mac 2013.

Pada 28 Februari 2014, Hakim Rosilah Yop memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar jumlah ganti rugi berserta kos kepada Penasihat PKR itu selepas mendapati Anwar berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap beliau. - UTUSAN ONLINE