Bayi lelaki berusia setahun sembilan bulan itu merupakan anak tertuduh wanita hasil hubungannya de­ngan seorang lelaki lain sebelum ini.

Tertuduh, Sofia Nabila Naim, 22, dan Mohd. Hanafi Misban, 28, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Felda Bukit Easter, di sini pada pukul antara 7.30 pagi hingga 2.30 petang.

Kedua-duanya mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan namun tiada sebarang pe­ngakuan direkod.

Tertuduh wanita juga kini hamil tiga bulan hasil hubu­ngan luar nikah dengan Mohd. Hanafi.


Video oleh RAJA JAAFAR ALI

Hakim, Salawati Djambari kemudian menetapkan tarikh 3 Julai ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi'uddin.

Selepas tamat prosiding, kelihatan kedua-dua tertuduh dipeluk ahli keluarga masing-masing.