Majistret Haslinda A. Raof menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Rindi, 37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan selain memerintahkan hukuman penjaranya ditambah lagi sebulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencuri pelbagai barangan mentah antaranya kacang panjang, sayur peria, sambal belacan dan dua ekor ikan selain pakaian dalam iaitu sehelai seluar pendek, tiga helai seluar dalam dan sehelai baju dalam wanita.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pasar Raya Giant Pandan Kapital, Pandan Indah pada pukul 12.30 tengah hari, 13 Disember lalu.


Selain itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela juga dihukum penjara lima bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah pada tempat, waktu dan tarikh sama.


Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bagi kedua-dua kesalahan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan 13 Disember lalu. - UTUSAN ONLINE