WAN AZIZAH
WAN AZIZAH

Artikel tersebut bertajuk, Felda Bankrap yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan artikel berserta gambar bertajuk, Kontroversi dan bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010.

Perintah berkenaan dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas Hakim Datuk Su Geok Yiam membenarkan rayuan Felda dan FGVH yang tidak ber­puas hati dengan jumlah ganti rugi RM70,000 yang ditaksirkan oleh Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin pada 13 Februari lalu.

Menurut hakim itu, beliau ber­setuju dengan hujahan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun bahawa jumlah ganti rugi RM70,000 dan kos RM10,000 yang diputuskan sebelum ini teramat rendah dan perlu ditambah bersesuaian dengan ke­dudukan Felda sebagai badan berkanun.

“Jika jumlah ter­sebut tidak diketepi­kan dan tidak di­gan­tikan dengan jum­lah ganti rugi yang berse­suaian, mereka ju­ga boleh melakukan perbuatan yang serupa kepada badan berkanun yang lain selain memberikan gambaran yang salah kepada masyarakat yang memandang remeh ter­hadap kes fitnah terhadap badan berkanun,” kata Hakim Geok Yiam.

Katanya, Timbalan Pendaftar juga telah gagal mempertimbangkan kesan daripada penerbitan kedua-dua artikel itu sehingga menyebabkan Felda mengalami kerugian daripada segi kewangan selain kejatuhan dalam pasaran saham.

Atas faktor-faktor tersebut, ujar Hakim Geok Yiam, beliau menggunakan budi bicaranya untuk mengetepikan keputusan terdahulu dan membenarkan rayuan Felda dan FGVH dengan kos RM25,000 selain memerintahkan Wan Azizah, Syed Husin dan penulis artikel, Rusnizam Mahat membayar ganti rugi secara bersama atau berasingan.

DR. SYED HUSIN ALI
DR. SYED HUSIN ALI

Pada 17 Oktober 2014, Hakim Datuk Kamaludin Md. Said membuat keputusan yang memihak kepada Felda dalam kes saman fitnah RM200 juta dan memerintahkan supaya jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Wan Azizah, Syed Husin yang ketika itu Naib Presiden PKR dan Rusnizam, ditaksirkan oleh Timbalan Pendaftar.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya itu asalnya memfailkan saman terhadap Wan Azizah, Syed Husin, bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan Rusnizam.

Namun begitu pada 30 September 2014, Dzulkarnain me­mo­hon maaf kepada Felda dan FGVH berhubung penerbitan dua artikel tersebut kerana palsu dan tidak benar dan diterbitkan dengan niat untuk memperkecilkan dan merosakkan reputasi mereka.

Felda dan FGVH turut diwakili peguam Nor Emelia Mohd. Iszeham manakala Wan Azizah, Syed Husin dan Rusnizam yang dinamakan sebagai pihak responden diwakili peguam, Francis Pereira.