Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak memutuskan demikian setelah mengetepikan hukuman penjara lima bulan 22 hari terhadap Vivian atau nama sebenarnya Lee May Ling, 28, dan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee.

“Mahkamah telah melihat trend Mahkamah Rayuan yang hanya mengenakan denda ke atas kes-kes sebegini,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Vivian dan bekas teman lelakinya itu didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut iaitu gambar dan komen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!!!)’ yang mengandungi logo halal di laman Facebook mereka iaitu “Alvin dan Vivian-Alvivi”.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada pukul 9 pagi, 13 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah Sesyen di sini pada 27 Mei 2016 yang menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan 22 hari selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh. -UTUSAN ONLINE

Video oleh NUR ATHIRAH NABILAH MUSA