Wong Yan Hung, 30 dan isterinya, Lee Siew Sing, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


Dalam pendakwaan di Mahkamah Sesyen 2, Siew Sing didakwa secara individu melakukan perakuan tidak betul dalam borang kastam dengan menyatakan barangan dibawa dalam kontena adalah kereta sorong, yang pada hakikatnya merupakan minuman keras. 


Perbuatan itu dilakukan di Cawangan Import Eksport, Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini kira-kira pukul 12.55 tengah hari, 29 Mac lalu.


Hakim Hakim Surita Budin membenarkan Siew Sing diikat jamin RM10,000 beserta dua penjamin.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 3, Yan Hung yang mewakili syarikatnya, KT Trade&Resources Sdn. Bhd. juga mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.


Mahkamah menetapkan tarikh sebutan bagi kedua-dua kes pada 8 Jun depan. - UTUSAN ONLINE