Majistret Portia Tham Ong Leng membenarkan reman selama enam hari kepada pemain dua pemain Sarawak itu manakala suspek dipercayai bookie itu sehingga 21 Februari ini.

Ketiga-tiga suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Permohonan dibuat Pegawai Penyiasat SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala ketiga-tiga suspek tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE

Video oleh MD. AZRIN ROSLY