Perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Nur Hayatie Mohd. Saini, pagi ini. 


Permohonan tersebut dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Mohd. Khairi Abdul Karim.


Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 47 tahun ditahan oleh SPRM semalam.


Pengarah syarikat dan ahli perniagaan terbabit masing-masing ditahan di Bukit Intan, Seremban dan pejabat SPRM negeri pada pukul 11.40 pagi dan 5.30 petang manakala juruteknik berkenaan ditahan SPRM Johor pada pukul 11 malam.


Mereka disyaki bersubahat dengan kakitangan TM yang menerima rasuah berjumlah RM4,250 untuk membawa keluar drop fiber berjenama Lite Kabel milik TM dan dijual di pasaran antara 2016 dan tahun lalu.


Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE