Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Tiga direman kes tuntutan invois palsu RM23.65 juta

tiga kena reman
Tiga individu termasuk seorang pengurus Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) direman selama enam hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes tuntutan invois palsu sebanyak AS$5.56 juta (RM23.65 juta). 

PUTRAJAYA 6 Sept. - Tiga individu termasuk seorang pengurus Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan invois palsu sebanyak AS$5.56 juta (RM23.65 juta) bagi satu projek di Bintulu, Sarawak pada 2015.

Perintah reman bermula hari ini hingga 11 September ini dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas ketiga-tiga suspek tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 11.20 pagi.

Dua lagi individu adalah seorang pengarah sebuah syarikat kontraktor berumur 53 tahun yang difahamkan dilantik untuk melaksanakan projek tersebut serta seorang bekas pembantu teknikal syarikat cari gali berkenaan yang berumur 28 tahun.

Ketiga-tiga suspek berkenaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam antara jam 2.40 dan 3 petang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pengurus PCSB berumur 45 tahun itu ditahan di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas KLCC, manakala pengarah syarikat kontraktor ditahan di rumahnya di Batu 9, Cheras.

Bekas pembantu tektikal itu pula ditahan di rumahnya di Puncak Alam, Selangor.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melalui tiga invois syarikat kontraktor itu antara April hingga Jun 2015 bagi kerja yang sepatutnya dilakukan syarikat berkenaan.

Difahamkan, tuntutan itu sudah dibayar oleh syarikat cari gali berkenaan kepada syarikat kontraktor terbabit, namun tiada kerja dilaksanakan bagi tuntutan itu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain