Tempoh reman yang bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu ketiga-ketiga suspek termasuk seorang lelaki warga India yang berumur di antara 30 hingga 34 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.40 pagi dengan memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari.

Semalam mereka ditahan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dalam satu operasi pada pukul 4 petang.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek tersebut didapati telah mengeluarkan sijil palsu ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma tanpa memerlukan seseorang mengikut kursus pembelajaran di insitusi pengajian terbabit.

Jelasnya, sindiket itu hanya akan mengambil masa selama seminggu untuk menyediakan sijil palsu tersebut menggunakan nama-nama IPTS dengan bayaran antara RM2,000 hingga RM16,000 bergantung dengan jenis sijil dan IPTS.

“Mereka yang ditahan merupakan orang tengah yang menguruskan proses pembelian sijil palsu tersebut. Pasukan penyiasat kini dalam proses mengenalpasti individu yang bertanggungjawab untuk mencetak sijil pertauliahan palsu itu,” katanya.

SPRM juga sedang menyiasat sama ada terdapat penglibatan orang-orang dalam IPTS yang turut terlibat dan bersubahat dengan kegiatan sindiket terbabit.-UTUSAN ONLINE

Video oleh HAKIMI ISMAIL