Mohd. Azhar Sharidan, 25, yang mengalami masalah lembam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd.


Berdasarkan kertas pertuduhan pertama, Mohd. Azhar dituduh merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di tangki air Taman Mahkota Aman Batu 11, Gambang di sini antara pukul 5 hingga 7 petang pada Mei lalu.


Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di ladang kelapa sawit Mahkota Aman di sini antara pukul 5 hingga 7 petang Ogos lalu.


Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.


Unaizah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 5 Januari ini sebagai tarikh sebutan kes. - UTUSAN ONLINE