Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Tidak mengaku kemuka tuntutan pembelian palsu RM50.9 juta

JOHOR BAHRU 18 Mei – Selepas berdepan dengan 128 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM102 juta, bekas pengurus kanan sebuah syarikat perdagangan antarabangsa sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

 

Kali ini, Foo Tseh Wan, 40, didakwa atas 27 pertuduhan mengemukakan tuntutan pembelian palsu berjumlah RM50.9 juta, dua tahun lalu dan bekas ejen Toyota Tsusho (M) Sdn. Bhd. (Toyota Tsusho) cawangan Johor Bahru itu turut membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di Unit 20.01A, Tingkat 20, Menara MAA, Jalan Datuk Abdullah Tahir, di sini pada 27 dan 28 Mei 2015.

Mengikut pertuduhan, Tseh Wan didakwa mengemukakan 27 tuntutan pembelian daripada lapan syarikat bagi membeli resin plastik keluaran Toyota Tsusho untuk digunakan dalam pengauditan yang tertuduh tahu dokumen berkenaan adalah palsu.

Lapan syarikat itu adalah Metro Wealth Polymer yang membabitkan sembilan tuntutan belian; empat tuntutan belian masing-masing di United More Sdn. Bhd., Classic Advantange, Helistrom Sdn. Bhd.; tiga di Pintarmas Sdn. Bhd.; dan masing-masing satu di Tylon Manufacturing, Munivac Sdn. Bhd., dan Sunningdale Sdn. Bhd.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir membenarkan Tseh Wan diikat jamin menggunakan jaminan bagi dua kes terdahulu berjumlah RM450,000 serta menetapkan 20 Jun ini sebutan semula kesemua 155 kes terhadap tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Putrajaya, Mahadi Abd. Jumaat manakala tertuduh diwakili peguam, Elina Rashid sementara H. Maggita hadir sebagai peguam pemerhati.

Pada 8 Mac 2016, Tseh Wan didakwa atas 115 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berhubung pembelian produk resin plastik berjumlah RM101.64 juta antara 19 Di­sember 2014 dan 7 Mei 2015 sementara pada 16 Januari lalu, dia didakwa atas 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM500,000.


Video oleh NUR AISYAH MAZALAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain