Tertuduh, M. D. Ozziram, 25, memakai tshirt berwarna biru dan putih itu hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari.

Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

SEORANG penganggur, M. D. Ozziram di dakwa di mahkamah majistret atas tuduhan membunuh bekas calon A

SEORANG penganggur, M. D. Ozziram di dakwa di mahkamah majistret atas tuduhan membunuh bekas calon Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ MOHD SHAHARANI SAIBI 

Mengikut kertas pertuduhan, M.D Ozziram bersama tiga lagi suspek yang masih bebas telah membunuh dengan niat M. Thiyahu, 30, di bawah blok 53, Flat Nilam Sari, Jalan Plumbum 7/100 A, Seksyen 7 di sini antara pukul 5 petang hingga 5.30 petang, pada 7 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sabreena menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari hadapan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amira Haziqah Zulkifli. - UTUSAN ONLINE