laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang dibebaskan hari ini.

Majistret Lee Hong Shi membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM150,000 berserta seorang penjamin.

Suspek itu sebelum ini direman selama 11 hari sejak 28 Februari lalu.

Menurut sumber, suspek yang merupakan suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai menerima wang suapan RM19 juta daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.

Dakwa sumber lagi, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu.

Sebelum ini, projek berkenaan menerima bantahan pelbagai pihak dan mencetuskan pelbagai kon­­tro­versi antaranya berhubung kos kajian keboleh­laksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah Kerajaan DAP Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE

Video oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR