Ahli perniagaan berge­lar Datuk itu direman empat hari sehingga 6 Mac ini selepas Majistret Eng Kar Wen membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat suspek.

Lelaki berusia 64 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.10 pagi hari ini dengan tangan bergari dan berpakaian reman SPRM.

Beliau ditahan SPRM di ibu negara pada pukul 3.30 petang semalam.

Sumber SPRM­ memberi­tahu, suspek dikatakan me­nerima wang RM3 juta daripada sebuah syarikat yang terlibat dalam projek itu menerusi empat transaksi tahun lalu.

Jelasnya, transaksi dilakukan setelah beliau mem­berikan keyakinan da­pat menutup siasatan kes terowong tersebut.

Rabu lalu, seorang Datuk Seri berumur 37 tahun direman enam hari sehingga 5 Mac kerana dipercayai mene­rima suapan RM19 juta daripada syarikat itu bagi tujuan sama.

Sebelum ini, projek berkenaan menerima bantahan pelbagai pihak dan mencetuskan pelbagai kon­­tro­versi antaranya berhubung kos kajian keboleh­laksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah Kerajaan DAP Pulau Pinang.