Koperal Mohd Yusairi Khairuddin
Koperal Mohd Yusairi Khairuddin

Pegawai polis terbabit, Mohamad Foad [email protected], 37, dan Koperal Mohamad Afif Abdullah, 36, didakwa menerima wang tunai RM3,000 daripada seorang kakitangan syarikat pinjaman wang berlesen, Ang Boon Loong di pejabat Business Top Capital Sdn. Bhd., Subang Jaya, dekat sini kira-kira pukul 5.50 petang, 26 Februari 2016.

Kedua-dua tertuduh yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya didakwa menerima suapan wang tunai itu supaya tidak mengambil tindakan ke atas Boon Loong yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kerana memegang kad pengeluaran wang automatik (ATM) peminjam.

Hakim Asmadi Hussin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Mei ini.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, Koperal Mohd. Yusairi Khairuddin, 31, dari Balai Polis Semenyih mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah daripada seorang warga Bangladesh.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Yusairi didakwa meminta suapan RM500 daripada Tofayel Md. Mosharap yang memandu tanpa lesen berdekatan Stesen Minyak Teguh, Taman Semenyih Ria, Kajang dekat sini, kira-kira pukul 11.15 pagi, 24 Jun tahun lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela turut didakwa menerima wang suapan RM500 daripada Tofayel di Kedai Runcit Kasiani Enterprise, Jalan Semenyih Ria, Taman Semenyih Ria, Kajang dekat sini kira-kira pukul 5.20 petang, tarikh yang sama.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh yang berkhidmat sebagai anggota polis sejak 2005 dibebaskan dengan jaminan RM8,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 3 April ini.


Video oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL