Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Cindy Mc Juce Balitus bagi memudahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan terhadap kesemua suspek yang ditahan Isnin lalu berhubung kes rasuah bernilai RM3 juta itu.

Sementara itu, Cindy turut membenarkan seorang lagi suspek terbaharu berusia 60 tahun yang ditahan semalam untuk direman selama lima hari bermula hari ini.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa SPRM, Mohd. Faliq Basirudin.

Mohd. Faliq berkata, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE

Video oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN