Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sepang, Alpha Dragam di sini hari ini.

Terdahulu, kesemua suspek tersebut tiba pada pukul 9.30 pagi di Mahkamah Sepang di sini dengan memakai pakaian lokap berwarna oren dan tangan bergari.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek pertama yang merupakan seorang lelaki warganegara Yemen berumur 22 tahun berjaya ditahan di Seri Kembangan, Selangor pukul 12 tengah malam semalam.

Katanya, suspek kedua dan ketiga yang merupakan lelaki warga Libya dan suspek terakhir yang merupakan wanita tempatan pula ditahan di Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya di sini.

Reman suspek
SUSPEK kes langgar lari seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi di hadapan Shaftbury, Cyberjaya di sini, petang kelmarin direman selama empat hari bermula hari ini.- UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

Abdul Aziz berkata, turut dirampas ialah sebuah kereta jenis Hyundai berwarna perak yang terlibat dengan kes tersebut.

Dalam kes langgar lari itu, mangsa Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia awal pagi semalam selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut

Selain itu, kereta dipandu suspek turut merempuh empat lagi buah kenderaan yang diletakkan di kawasan itu iaitu sebuah kereta Toyota Avanza, Perodua Myvi, Honda City dan Proton. - UTUSAN ONLINE