Perintah reman selama seminggu itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Izzah Hasan Basri ketika suspek dibawa oleh pihak polis ke Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini.

Pada Rabu lepas, dua suspek yang berusia 33 dan 36 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh bayi Adam Rayqal Tempoh reman mereka berakhir hari ini.

Bagaimanapun, pihak polis yang ditemui di mahkamah mengesahkan seorang lagi suspek yang merupakan rakan rumahnya akan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis. 

Minggu lalu, Adam Rayqal yang berusia lima bulan didakwa dilarikan seorang lelaki oleh pengasuhnya yang berusia 33 tahun itu dari rumah wanita berkenaan pada pukul 6.30 petang menyebabkan ibu bapanya, Mohd. Sufi Naeif Mohd. Fauzi, 28, dan Farrah Madihah Othman, 28, membuat laporan polis.

Bagaimanapun, penipuan suspek terbongkar selepas memberi keterangan meragukan dan wanita itu akhirnya membawa polis ke rumahnya dan pemeriksaan yang dilakukan menemukan mayat mangsa di dalam peti sejuk.

Ketika ditemukan pada kira-kira pukul 11 malam, mayat mangsa lengkap berpakaian, dibalut dengan lampin dan disumbat di dalam beg kitar semula berwarna hijau yang merupakan beg pakaiannya di di dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah sama. 

Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dengan kesan retak di bahagian tempurung kepala. - UTUSAN ONLINE