Di Mahkamah Majistret, tertuduh, Chan Lay Lee, 42, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Muhamad Amin Shahul Hamid namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya.


Mengikut pertuduhan, Lay Lee didakwa membunuh Jubedah, 38, di kediaman No. 35 Lebuh Raya Jelutong, Jelutong di sini antara pukul 11 pagi hingga 4.45 petang.25 Februari lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.


Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan  kecederaan parah kepada Anad, 22, warga Kemboja menggunakan senjata iaitu batang besi di lokasi sama kira-kira pukul 11 pagi, antara Julai 2016 hingga 25 Februari 2017. - UTUSAN ONLINE