Bagaimanapun, Armin Zaharin, 53, yang memakai t-shirt kelabu dan seluar jeans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas anak lelakinya dengan menggunakan sebatan rotan di Denai Alam pada 25 Februari tahun ini pukul 4 pagi.

Armin Zaharin yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dari mana-mana dua darinya.

Video oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

Terdahulu, dalam rayuannya, Armin Zaharin memaklumkan tujuannya merotan anaknya adalah untuk mengajar anaknya mengaji dan solat, namun anaknya tidak faham. Malah, Armin Zaharin memohon mengurangkan wang jaminan.

Majistret menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes pada 4 April nanti.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zin,50, yang popular dengan lagu Kemelut Di Muara Kasih dan filem Sembilu berkahwin dengan Armin Zaharin yang merupakan bekas pramugara Kanan Penerbangan Malaysia pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18 , Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. - UTUSAN ONLINE