Itu luahan pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan sebaik sahaja di­bebaskan dengan ikat jamin se­le­pas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melibatkan dadah kanabis.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, me­ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.


Video oleh ZETI FARZANA ALPIKRI

Dia didakwa memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC) minggu lalu di Pejabat Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini kira-kira pukul 11.15 malam, 6 Februari lalu.

Sofi didakwa mengikut Sek­syen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Ketika prosiding, pelakon yang popular dengan dialog ‘Wa Kasi Sengat’ dalam filem KL Gangster dari dalam kandang tertuduh berkata: “Saya mengaku tidak bersalah dan minta dibi­carakan.”

Timbalan Pendakwa Raya, Natasya Chin Le Jy mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seo­rang penjamin.

Peguam Datuk Haniff Hassan me­wakili tertuduh memohon jaminan antara RM2,000 dan RM3,000 atas alasan anak gu­am­nya mempunyai tanggungan keluarga termasuk ibunya yang tua.

“Tertuduh merupakan orang yang dikenali dalam kalangan masyarakat, justeru tiada kecenderungan untuk dia melarikan diri,” kata Haniff.

Nurulhuda membenarkan tertu­duh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes.