Majistret Atiqah Abu Hassan membenarkan lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengeluaran sijil pentauliahan palsu itu direman bermula hari ini sehingga 29 April depan.

Suspek yang berusia 36 tahun itu merupakan pengarah di sebuah syarikat percetakan dipercayai seorang daripada ejen yang mendapatkan pembeli sijil pentauliahan palsu tanpa perlu menghadiri kursus.

Sindiket sijil pentauliahan palsu ini mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM16,000.00 bergantung  jenis sijil dan universiti swasta kepada individu yang berminat.

Lelaki ini merupakan suspek ketujuh dalam kes yang disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.-UTUSAN ONLINE