Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan tersebut dan memerintahkan Mohd. Shafie mendepositkan sebanyak RM80,000 berserta dua orang penjamin sebagai syarat pembebasannya.

Dalam prosiding di dalam kamar hakim di Mahkamah Majistret pagi ini, Mohd. Shafie, 60, diwakili peguam Martin Tommy manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd. Faliq Basiruddin.

Mohd. Shafie ditangkap di pejabat SPRM di sini pada 19 Oktober lalu bagi membantu siasatan penyelewengan peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM1.5 bilion antara tahun 2009 hingga 2015.

Sepanjang tempoh itu, beliau merupakan Menteri KKLW. - UTUSAN ONLINE