Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Seorang pegawai, 2 angggota polis didakwa minta rasuah

POLIS SUAP 2
ANGGOTAa polis, S.Logeshvaran diiringi pegawai SPRM, atas pertuduhan rasuah di bawah sesyen 17 (a)(B) di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU 29 Mac - Seorang pegawai dan dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga kes berasingan kerana meminta suapan pada 2015 dan 2016.

Inspektor Isa Ahmad, 30, didakwa meminta suapan berjumlah RM1,000 untuk membebaskan seseorang daripada lokap di Pejabat Penasihat Undang-Undang Nusajaya pukul 3.30 petang pada 23 Disember 2015.


Konstabel Rhomarino Rafie, 33, pula didakwa meminta suapan sebanyak dua kali masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM7,000 untuk membebaskan seseorang daripada lokap di tempat sama antara pukul 2 dan 5 petang pada 21 Disember tahun yang sama.


Seorang lagi anggota polis, Konstabel S. Logeshvaran, 31, didakwa meminta suapan berjumlah RM2,000 untuk tidak mengganggu dan menangkap pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja sah di sebuah stesen minyak di Gelang Patah pukul 2 petang pada 12 Jun 2016.


Logeshvaran turut didakwa menerima suapan berjumlah RM2,000 itu di tempat dan lokasi sama pada 4.40 petang.


Hakim Kamarudin Kamsun menetapkan 8 Mei depan untuk sebutan semula ketiga-tiga kes tersebut.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain