Hakim Mohd. Kamil Nizam memutuskan demikian terhadap Hashim Karim, 68, selepas lelaki itu didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di sini, sebentar tadi.

Bekas pemandu lori itu mengaku memasukkan objek tumpul iaitu jarinya ke dalam kemaluan bayi berkenaan sehingga kemaluannya berdarah dan selaput daranya mengalami koyakan kekal.

Warga emas tersebut melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang merupakan anak asuhan menantunya kira-kira  pukul 4 petang, 20 Ogos lalu di sebuah rumah di Seksyen 24, Shah Alam, dekat sini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.  

Hashim tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE